Cari @ Amanz

Sony Xperia 5 V akan dilancarkan pada 1 September ini di IFA Jerman, Banyak persoalan mengenai telefon in mula terungkai selepas markah penanda aras Geekbenchnya tertiris ke arena web. Ia mengesahkan Xperia 5 V akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 2 yang sama seperti Xperia 1 V.

Seperti model terdahulu, siri Xperia 5 akan memberikan tumpuan kepada kemampuan fotografi yang baik tetapi pada harga lebih mampu milik berbanding Xperia 1 V yang jauh lebih mercu. Video promosi Xperia 5 V juga telah tertiris hujung minggu mengesahkan tiada perubahan drastik dilakukan pada tubuh serta ia masih dilengkapi bicu audio 3.5mm.

Yang menjadi kejutan ialah kali ini ia hanya dilengkapi dwi-kamera sahaja tidak seperti Xperia 5 IV yang dilengkapi tri-kamera. Sejauh manakah kemampuan kamera akan terjejas hanya akan diketahui apabila peranti dilancrkan kelak. Yang pasti kerana ia peranti Sony, harga jualannya di Malaysia kelak pastinya lebih premium berbanding peranti pesaing dalam kelas yang sama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd