Cari @ Amanz

Google Keep adalah perkhidmatan mencatat nota yang berfungsi secara rentas platform. Catat pada iPhone, boleh akses pada Android dan web. Ia juga ringkas digunakan, boleh jadikan sebagai peringatan, tema warna dan mesra pengguna. Satu kekurangan Keep berbanding aplikasi nota lain adalah tiada sokongan memformat teks.

Google Keep dikemaskini baru-baru ini dengan ciri memformat teks. Kini pengguna boleh menebalkan teks, menggunakan format sendeng, menambah garisan di bawah perkataan, meletakkan tajuk dengan gaya berbeza seperti Heading 1, Heading 2 dan banyak lagi. Untuk menggunakan ciri ini, pilih ikon “A” yang ketiga selepas “+” dan kustomasi.

Ciri ini dilihat diedarkan secara berperingkat kerana pada web, aplikasi Android dan iOS saya masih tidak kelihatan. Kemas kini ini turut dilihat diberikan kepada pengguna Keeps yang menggunakan versi 5.23.322.05.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd