Dalam banyak-banyak jam tangan pintar, yang paling saya gemari sebenarnya adalah jam Wear OS. Selepas bertahun cuba menggunakan pelbagai jenama dan jenis jam, Samsung Galaxy Watch6 Classic adalah antara yang terbaik pernah saya gunakan setakat ini. Bukan sahaja kerana ciri kesihatan yang bagus atau sistem operasi yang semakin matang, tetapi jam ini adalah jam yang paling bergaya.

EMOSI ANDA BOLEH DITENTUKAN DENGAN WARNA
Menurut Pablo Picasso, iaitu artis terkenal “Warna, seperti ciri, mengikut perubahan emosi“. Ini membawa maksud yang warna adalah sejenis alat komunikasi yang boleh memberi isyarat kepada aksi diri kita. Ia boleh menentukan mood, diselarikan dengan perubahan fisiologi termasuk reaksi dan banyak lagi.
Dengan Samsung Galaxy Watch6, tidak kira versi mana anda beli atau saiz mana – ciri “warna” ini dapat anda nikmati. Apakah ia? Kebebasan menukar ke pelbagai jenis tali jam dan juga muka jam ke pelbagai pilihan tema atau rekaan. Saya mulakan dengan muka jam terlebih dahulu.

Di Malaysia Samsung menawarkan sehingga lima pilihan tali jam iaitu Fabric Band, Hybrid Eco-Leather, D-Buckle Hybrid Eco-Leather, Extreme Sport Band dan Sport Band. Setiap satu mempunyai 3 sehingga 7 pilihan warna berbeza yang pasti sesuai dengan citarasa anda. Lebih menarik harga jualannya pun tidak semahal tali jam lain.
Setiap tali jam ini unik dan boleh digunakan mengikut mood yang bersesuaian. Misalnya apabila saya aktif, semangat ingin ke kerja dan kemudian ingin teruskan aktiviti harian dengan bersukan saya akan pilih tali jam Hybrid Eco-Leather berwara hitam. Sementara jika ingin bersantai, sekadar keluar dengan rakan atau meluangkan masa bersama keluarga saya akan menggunakan tali jam Fabric Band.

Setiap tali jam ini lembut, tidak menyebabkan kulit gatal, kulit masih boleh bernafas dan betul pilihan warna yang tepat membuatkan mood saya sentiasa ceria. Samsung juga masih menggunakan konsep tradisional dengan menggunakan pin untuk mencangkuk kepada tubuh jam. Cuma kali ini dimudahkan dengan butang fizikal untuk tekan dan cabut atau tekan dan pasang. Ia tidak lagi leceh dan sesiapa sahaja boleh melakukannya walaupun pengguna kali pertama.

Akhir sekali kenapa siri Samsung Galaxy Watch6 adalah jam paling bergaya adalah muka jam. Samsung telah sediakan pelbagai muka jam yang aktif di mana setiap elemen bergerak, ada watak animasi yang comel, ada yang khusus untuk tidur, ada juga khusus untuk senaman dan khas untuk bergaya sahaja.
Samsung turut memberikan pengguna kebebasan memilih sendiri widget atau pilih terus secara sendiri imej yang ingin digunakan. Seperti saya, saya gunakan ciri Modes & Routines untuk menggunakan muka jam berbeza mengikut aktiviti di rumah, di pejabat atau ketika ke pusat membeli-belah.

FESYEN SENDIRI ATAU HADIAH KEKASIH HATI
Gabungan kedua-dua bezel berputar dan kemampuan kustomasi ini menjadikan Samsung Galaxy Watch6 sebagai siri jam tangan pintar paling bergaya. Ia berhak menjadi penyata fesyen kerana sebelum beli kita sudah boleh memadankan tali jam dan warna yang bersesuaian dengan diri sendiri seakan menempah baju kahwin. Jika bukan pada diri, kustomasi jam hebat ini turut boleh dijadikan sebagai hadiah kepada yang tercinta.
Jika anda rasakan “Emosi Anda Boleh Ditentukan Dengan Warna” sebagai faktor memiliki Galaxy Watch6, lawati laman web Galaxy Watch Studio untuk melihat sendiri dengan imersif setiap pilihan kustomasi yang Samsung berikan sebelum membeli jam idaman hati ini.
SERBA LENGKAP, SENANG HATI
Dengan menjadikan Galaxy Watch6 ini sebagai penyata fesyen ia turut boleh mengubah persepsi orang ramai yang jam tangan pintar hanyalah untuk mereka yang aktif bersukan atau bersenam sahaja. Tidak semestinya, kerana Samsung telah membuktikan yang jam ini boleh menjadi pelengkap ekosistem yang membantu tugasan harian, memastikan segala produktiviti lancar serta memudahkan lagi hidup seseorang.

TAK PERLU FIKIR, TERUS BELI
Jika anda sudah membaca perenggan ini bermakna anda sudah rasakan minat terhadap siri Samsung Galaxy Watch6 sehingga habis. Jadi anda perlu fikir apa lagi? Teruslah beli. Percayalah anda tidak akan menyesal lagi-lagi kepada peminat Wear OS. Sehingga hari ini, Samsung satu-satunya jenama yang dapat mengedarkan kemas kini sistem operasi ini dengan pantas, konsisten dan menerima generasi baharu.

Jadi apa tunggu lagi, anda boleh terus melayari Galaxy Watch Studio atau mengunjungi kedai Samsung Experience dan membelinya sekarang. Promosi baharu yang diadakan sekarang sehingga 31 Disember nanti hadir dengan kotak hadiah istimewa bertemakan warna hijau yang pasti akan menceriakan hati orang yang anda sayangi!
Sempena promosi ini Samsung turut menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM727. Antaranya adalah tali jam bernilai RM239, pengecas 15W bernilai RM59, endul jam (cradle) bernilai RM129 dan juga rebat tukar-beli dengan penjimatan sehingga RM300.
Model | Harga | Warna |
---|---|---|
Galaxy Watch6 Classic 47mm LTE | RM1,799 | Perak, Hitam |
Galaxy Watch6 Classic 47mm BT | RM1,499 | |
Galaxy Watch6 Classic 43mm LTE | RM1,699 | |
Galaxy Watch6 Classic 43mm BT | RM1,399 | |
Galaxy Watch6 44mm LTE | RM1,499 | Grafit, Perak |
Galaxy Watch6 44mm BT | RM1,199 | |
Galaxy Watch6 40mm LTE | RM1,399 | Grafit, Emas |
Galaxy Watch6 40mm BT | RM1,099 |
- Beli:
Penafian ini adalah advertorial daripada Samsung