Cari @ Amanz

Anda masih ingat dengan rekaan pada siri Huawei Mate40 sebelum ini yang mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat besar di belakang? Nampaknya rekaan berkenaan ada kebarangkaliannya digunakan sekali lagi pada generasi baharu Mate yang akan datang.

Ia berikutan tularnya beberapa imej sebenar yang didakwa menunjukkan peranti siri Huawei Mate60. Melaluinya ia bukan sahaja dilihat mendedahkan pilihan warna yang bakal disediakan malah turut memberi gambaran kemasannya dengan lebih menyeluruh.

Daripada yang diperlihatkan, terdapat diantaranya yang menawarkan panel belakang dengan dwi-tona warna. Jenis bahan yang digunakan masih tidak dapat dipastikan secara khusus buat masa ini, namun gabungan kaca dan logam mungkin digunakan pada panel belakang ini.

Penjenamaan XMage juga jelas kelihatan yang bermakna Huawei terus menggunakan sistem pengimejan keluarannya untuk kebolehan pada peranti ini. Peranti juga dikatakan telah memasuki peringkat pengeluaran besar-besaran, yang ada kebarangkalian diumumkan sekitar bulan September mendatang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd