Satu perkara yang kami pelajari semasa pandemik ialah bekerja dari rumah sebenarnya lebih selesa berbanding di pejabat. Bila penat kami boleh pergi ke sofa di ruang tamu atau berbaring di atas katil. Kami yakin ramai menyedari hakikat ini kerana di pejabat kita terperangkap dengan kerusi yang kurang selesa.

ErgoQuest Zero Gravity Chair Workstation ialah sebuah lagi singgahsana yang membolehkan pengguna bekerja dengan selesa dalam kedudukan duduk atau berbaring. Seperti singgahsana Acer Thronos yang kami laporkan sebelum ini, posisi diubah menggunakan motor elektrik. Bahagian kerusi diperbuat daripada bahan kulit dengan lapik yang empuk.

Tiga monitor 34″ boleh digunakan serentak dengan terdapat ruang meletakkan dua komputer riba. Terdapat juga konfigurasi menggunakan sehingga empat monitor yang membolehkan anda mempunyai ruang kerja seakan Batman. Harga jualan ialah Zero Gravity Chair Workstation $6995 (~RM32,000) sebuah.
- Sumber
- ErgoQuest