Raksasa Nessie ialah nama yang diberikan kepada makhluk misteri yang dipercayai hidup di dalam Tasik Loch Ness yang terletak di Scotland. Legenda Nessie bermula pada tahun 565 dengan penampakan pertama sebelum gambar yang didakwa Nessie diambil pada tahun 1934 menjadi berita utama dunia.
Hujung minggu lalu misi carian terbesar Nessie dalam masa 50 tahu telah dilakukan selama dua hari. Malang sekali walaupun carian dilakukan dilakukan di 17 lokasi menggunakan hidrofon, pengesan terma dan sonar Loch Ness Exploration yang menganjurkan carian gagal menemui Nessie. Ini sebuah lagi misi pencarian yang gagal membuktikan raksasa ini wujud.
Ramai percaya yang disangka Nessie mungkin sekadar alunan ombak, kayu atau sekadar ilusi optik. Dalam satu kajian yang dilakukan sebelum ini, DNA haiwan yang tidak pernah direkodkan gagal ditemukan dalam sampel air tasik. Maka adakah Nessie benar-benar wujud ataupun sekadar cerita rakyat? Berdasarkan kajian sejak hampir seratus tahun yang lalu masih tidak sekelumit bukti ia wujud.