Cari @ Amanz

FreeYond sudah mula memasuki ke pasaran Malaysia sejak Mac yang lalu. Produknya juga dilihat semakin berkembang dan kini mereka mula menawarkan peranti baharu FreeYond 9S pula. Bagi yang berminat, ia dijual dengan harga RM299 dan boleh didapati menerusi pengedar sah FreeYond bermula hari ini.

Untuk spesifikasi FreeYond 9S dilengkapi dengan skrin IPS 6.6″ yang juga menyokong resolusi HD+ dan bernisbah aspek 20:9. Ini dipadankan juga dengan cip lapan teras berkelajuan mencapai 1.6Ghz, memori 2GB RAM (tambahan 2GB secara maya) dan storan dalaman 64GB untuk tunjang utama.

Sistem kamera pula terdiri dengan 13MP utama dan 8MP pula untuk kebolehan swafoto. Peranti juga memuatkan bateri sebesar 5000mAh yang boleh dicas semula menggunakan port USB-C. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi dan menjalankan Android 13.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd