Cari @ Amanz

Ciri WhatsApp Call telah diperkenalkan sejak tahun 2015. Sudah lapan tahun ciri ini diperkenalkan dan hanya baru-baru ini panggilan suara anda akan lebih selamat. Selama ini setiap kali anda melakukan panggilan suara, individu tidak bertanggungjawab boleh mengesan lokasi dengan menjejak alamat IP.

WABetaInfo melaporkan yang WhatsApp kini sedang menguji ciri menyembunyikan alamat IP ketika melakukan panggilan suara. Jika ciri ini diaktifkan, panggilan suara anda akan dihantar melalui geganti (relay) pelayan WhatsApp dan menyebabkan kualiti panggilan suara yang lebih rendah.

Ciri ini adalah satu lagi usaha WhatsApp yang serius dan tegas dalam menjamin keselamatan data dan privasi pengguna. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diedarkan kepada semua orang. Adakah anda tidak sabar menantikannya atau tidak hairan jika ada orang menjejak lokasi anda?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd