Cari @ Amanz

Oppo Watch 4 Pro telah dilancarkan secara rasminya di China pada hari ini. Hanya satu model ditawarkan buat kali ini dengan rekaan dan sebahagian besar perkakasan dalaman yang sama seperti sebelum ini. Namun bukan bermakna langsung tiada penambahbaikan yang diberikan.

Secara khususnya jam tangan ini dilengkapi skrin sebesar 1.91-inci LTPO AMOLED dan resolusi 378 X 469 piksel. Ini dipadankan juga dengan gabungan cip Snapdragon W5 Gen 1 yang dibina bersama BES2700 sebagai tunjang utama. Konfigurasi dwi-chipset ini bermakna jam tangan bukan sahaja boleh menawarkan prestasi yang baik, malahan turut dinaiktaraf dari segi kecekapan kuasa.

Seterusnya ia juga dilengkapi memori 2GB RAM, storan 32GB dan menjalankan ColorOS Watch yang dibina berasaskan WearOS dan RTOS. Penjejak yang disertakan mampu memantau pelbagai jenis kecergasan seperti kadar degupan jantung, oksigen darah, suhu kulit, umur vaskular, pola tidur, tahap tekanan, ECG, glukosa dalam darah dan lain-lain. Mod sukan disediakan juga pelbagai termasuk mod badminton terbina yang boleh mengira bilangan dan kelajuan pukulan.

Bateri 570mAh yang digunakan pula diiklankan mampu bertahan sehingga 5 hari untuk penggunaan mod pintar secara berkala. Kemudiannya boleh meningkat sehingga 14 hari untuk penggunaan ringan dan berkurang menjadi 2.5 hari untuk mod pintar sepenuhnya. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.0, eSIM, ketahanan 5ATM, NFC, GNSS dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd