WhatsApp hari ini mengumumkan kemaskini untuk WhatsApp pada Mac, sekaligus turut menyertakan sokongan panggilan video sehingga 8 orang, selain sokongan panggilan audio sehingga 32 orang.
Dengan ciri ini, ia sekaligus memudahkan pengguna dalam menggunakan WhatsApp untuk tujuan komunikasi atau tele-sidang, tanpa perlu menggunakan platform lain seperti Microsoft Teams atau Google Meet, atau Zoom.

Untuk makluman, kemaskini perisian WhatsApp untuk Windows dengan ciri lebih kurang sama telah sedia diperkenalkan sebelum ini.
Bagi anda yang menggunakan perisian WhatsApp pada Mac, boleh mengemaskini ke versi terkini melalui App Store, dan menikmati ciri baharu yang disertakan – termasuk penggunaan lebih lancar berbanding versi sebelum ini.