Pertandingan ‘Samsung Solve for Tomorrow 2023′ kini kembali bagi merancakkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah, khususnya pelajar tingkatan 1 dan 2 dari semua sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.

Aspek menarik mengenainya adalah ia merupakan pertandingan tahunan yang menggalakkan minat pelajar terhadap pendidikan STEM yang bertunjangkan empat bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pada masa sama turut mendorong pelajar untuk mencipta, berfikir secara logik dan menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar.
Pertandingan ini turut mendapat kerjasama Pusat STEM Universiti Malaya yang menekankan penyelidikan, analisis dan kerja berpasukan. Pihak penganjur juga menyediakan peralatan, sumber dan kemahiran yang secukupnya untuk para pelajar melibatkan diri secara langsung, sekaligus diharapkan mampu memacu perubahan positif melalui usaha penyelesaian berkesan untuk cabaran masa hadapan.

Pertandingan tahun ini bertemakan ‘Start with Can‘ yang memfokuskan terhadap tiga isu, iaitu ‘Pendidikan & Pembelajaran’, ‘Alam Sekitar & Kelestarian’ dan ‘Kesihatan & Kesejahteraan’. Akses kepada isu ‘Pendidikan & Pembelajaran’ akan mencari penyertaan yang menawarkan penyelesaian untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif.
Manakala ‘Alam Sekitar & Kelestarian’ pula akan meliputi penyelesaian STEM dalam menggalakkan amalan kelestarian, pemuliharaan dan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Seterusnya ‘Kesihatan & Kesejahteraan’ adalah fokus sosial di yang menjadi kepentingan dalam mempromosi kesejahteraan fizikal dan mental dalam komuniti masyarakat.

Kesemua peserta yang terdiri daripada tiga pelajar untuk satu kumpulan perlu membentangkan idea dan penyelesaian inovatif mereka dalam menangani salah satu daripada isu yang dinyatakan tersebut. Penerangan adalah terhad kepada 1,000 patah perkataan sahaja, yang memerlukan setiap peserta menghuraikan masalah yang mahu diselesaikan, kemudian membentangkan penyelesaian inovasi berasaskan STEM.
Pengumuman penyertaan yang berjaya akan diumumkan menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia’s Solve for Tomorrow pada September akan datang. Pasukan yang berjaya juga akan diminta mencipta prototaip penyelesaian yang turut mendapat bantuan daripada mentor dan pakar dalam Design to Win Workshop pada Disember.

Pendaftaran telah dibuka sekarang sehingga 22 September 2023. Menariknya lagi dengan menyertai pertandingan ini pelajar berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah hebat seperti di bawah:
- Hadiah Pertama – Produk Samsung bernilai sehingga RM12,000 kepada pihak sekolah dan RM6,000 setiap peserta.
- Hadiah Kedua – Produk Samsung bernilai sehingga RM10,000 kepada pihak sekolah dan RM5,000 setiap peserta.
- Hadiah Ketiga – Produk Samsung bernilai sehingga RM8,000 kepada pihak sekolah dan RM4,000 setiap peserta.
- Hadiah Saguhati – Dua kumpulan akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM4,500 kepada pihak sekolah dan RM700 setiap peserta.
- Info
- Maklumat lanjut – Solve For Tomorrow 2023 | Samsung Malaysia