Google SynthID Ingin Memudahkan Proses Mengenalpasti Imej Dijana AI
Effi Saharudin
Masalah utama dengan media sosial pada waktu ini ialah penyebaran imej yang telah dimanipulasi sehingga berjaya memperdayakan orang ramai. Misalnya Imej Paus Francis memakai baju sejuk Balenciaga tahun lalu berjaya menipu jutaan pengguna yang tidak menyedari ia dijana oleh Midjourney. Google ingin memudahkan proses mengenalpasti imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) generatif dengan memperkenalkan SynthID.

SynthID ialah tera air digital yang dibenamkan ke dalam imej yang dijana oleh AI generatif. Mata manusia tidak boleh melihat tera air air tidak seperti tera air ketara yang digunakan Shutterstock atau Getty misalnya. Tetapi perisian dapat mengesannya dan boleh memberikan jawapan sahih ianya dijana oleh AI generatif.

Pada waktu ini SynthID diberikan kepada sebilangan pengguna Vertex AI yang menjana imej menerusi Google Imagen. SynthID masih dikekalkan pada imej walaupun selepas ia dipotong, dimanipulasi atau dikenakan penuras menggunakan perisian menyunting imej. Sebelum ini Google menyatakan hasrat memberikan label khas pada imej yang dijana AI menerusi carian Google Search.
[sumber] Google Deepmind [/sumber]