Pelancaran hari ini memperlihatkan pengenalan rasmi Realme 11 untuk pasaran Malaysia. Ia dipasarkan sebagai sebuah peranti kelas pertengahan dengan sokongan rangkaian 5G terbina.
Untuk spesifikasi peranti ini dilengkapi dengan skrin IPS LCD 6.72-inci FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 6100+, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama.
Bateri pula sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W. Sistem kamera peranti ini merangkumi sensor utama 108MP dengan kemampuan zum sehingga 3X. Ini diikuti juga dengan sensor 2MP untuk potrait dan kamera hadapan pula sebesar 16MP.
Bagi yang berminat Realme 11 5G boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM1,199 dengan pilihan warna Glory Gold dan Glory Black. Ketersediaan bermula sekarang menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.