Selain telefon pintar, Realme Pad 2 turut diumumkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Ia menjadi penawaran baharu untuk tablet yang memfokuskan kegunaan umum, sekaligus melengkapkan lagi segmen produk tersebut.
Redmi Pad 2 menggunakan skrin IPS LCD sebesar 11.5-inci beresolusi 2K dan menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana oleh cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 8GB LPDDR4X dan storan sehingga 256GB dengan sokongan kad mikroSD untuk tunjang utama.
Dari segi sambungan selular pula ia terhad kepada 4G LTE sahaja, di samping turut menjalankan sistem operasi Realme UI 4.0 pad berasaskan Android 13. Bateri 8,360mAh yang digunakan pula menyokong pengecasan 33W secara berwayar. Kemudian tablet ini juga memuatkan sensor 8MP untuk kamera utama dan swafoto.
Bagi yang berminat Realme Pad 2 boleh didapati pada harga bermula RM1,299 (6GB/128GB) dan RM1,499 (8GB/256GB) dengan pilihan warna Inspiration Green serta Black. Ketersediaan adalah bermula menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.