Cari @ Amanz

Realme Buds Air 5 juga diperkenalkan secara rasmi hari ini sebagai kemaskini baharu untuk aksesori audio Realme di Malaysia. Ia hadir dengan rekaan fon dalam telinga bertangkai yang dipadankan dengan pod pengecas berbentuk bujur.

Seterusnya pemandu audio bersaiz 12.4mm dengan tiga mikrofon terbina disertakan yang juga menyokong kawalan sesentuh sepenuhnya. Selain itu ia juga memuatkan sistem pembatalan hingar adaptif yang boleh menapis hingar sehingga 50dB.

Tambatan pantas pula menerusi bluetooth 5.3 bagi sambungan ke peranti dengan coded AAC/SBC. Tidak ketinggalan, fon telinga ini turut menyokong pelindungan IP54 dan bateri 460mAh yang boleh bertahan hingga 38 jam dengan bantuan pod pengecas. Bagi yang berminat ia boleh dimiliki pada harga RM299 dengan pilihan warna Blue dan White.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd