Instagram kini menguji ciri mengetengahkan komen pengguna pada perkongsian yang dilakukan, melalui Stories. Ini sekaligus memudahkan seseorang pengguna mengetengahkan komen-komen pengikut atau rakan-rakan, serta membalasnya dengan mudah.

Buat masa ini, ciri ini masih sedang pada fasa ujian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada semua.
Seperti ramai sedia maklum, ciri ini agak popular di TikTok, dimana pengguna boleh membalas sesuatu komen dengan mudah serta pada masa yang sama mengetengahkan komen berkenaan bersama. Ini juga dijangka akan meningkatkan lagi kadar perbualan dan komunikasi dalam platform.