Nio merupakan salah satu pengeluar kenderaan elektrik di China, dan mempunyai beberapa penawaran kereta dibawah mereka. Terbaru, selain fokus terhadap arena automotif, Nio turut mengumumkan bakal hadir dengan telefon pintar tersendiri pada bulan September 2023 ini.
Penawaran telefon pintar tersendiri ini dijangka memberikan ketersambungan yang lebih baik antara kenderaan dengan telefon – sekaligus membawa gaya hidup digital setapak ke hadapan lagi.
Sebelum ini, beberapa pengeluar kenderaan telah menekankan ciri seperti nyahkunci kenderaan menggunakan telefon, disamping menghidupkan enjin, memulakan penghawa dingin, dan sebagainya.
Buat masa ini, Nio menyatakan perniagaan telefon pintar mereka bukan ingin bersaing dengan pengeluar telefon lain, tetapi lebih kepada pelengkap gaya hidup dibawah penawaran Nio.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Nio dalam arena telefon pintar.