Google kini menjadualkan acara khas “Made by Google” pada 4 Oktober 2023 kelak, dimana gergasi internet berkenaan dijangka memperkenalkan sejumlah peranti dan perkakasan yang dibangunkan serta dipasarkan oleh Google.
Dijangka mencuri perhatian pada acara berkenaan adalah siri Pixel 8 – iaitu telefon pintar yang dibangunkan dan dioptimasikan oleh pembangun Android berkenaan.

Bagi para peminat peranti Android dan Google, semestinya acara ini akan dinantikan, serta ingin melihat sendiri apakah penawaran yang bakal dibawakan oleh Google melalui Pixel 8.
Perkongsian terbaru oleh Google ini hadir selepas Apple mengumumkan akan memperkenalkan iPhone generasi baharu pada 13 September kelak.