Threads merupakan pesaing atau alternatif kepada Twitter yang dibangunkan oleh Meta, dan beroperasi dibawah Instagram. Selepas menambah sokongan versi web baru-baru ini, kini Mark Zuckerberg menyatakan ciri carian akan hadir ke Threads tidak lama lagi.

Untuk makluman, butang carian di Threads sekadar membolehkan pengguna mencari pengguna lain sahaja buat masa ini. Perkara ini dijangka akan berubah dan dilengkapi dengan sokongan carian kata kunci, dan apa yang sedang tular pada sesuatu masa dengan mudah.
Seperti ramai sedia ketahui, ciri carian di Twitter adalah salah satu kelebihannya, memudahkan pengguna mencari sesuatu perkara yang sedang tular atau informasi semasa dengan pantas.
Threads telah mula menguji ciri carian ini di Australia dan New Zealand – dan dijangka memperluaskan ia ke negara-negara lain secara berperingkat tidak lama lagi.