TECNO merupakan salah satu jenama yang dikenali ramai dengan penawaran produk-produk pada harga kompetitif. Tetapi, pada tahun ini, mereka membuat kejutan dengan menawarkan telefon boleh-lipat, dan terkini TECNO memperlihatkan peranti konsep terbaru mereka dinamakan TECNO Phantom Ultimate.
TECNO Phantom Ultimate merupakan telefon yang menggunakan panel skrin dengan teknologi boleh gulung atau direnggangkan. Ini sekaligus membolehkan telefon dengan skrin bersaiz 6.55-inci dibesarkan menjadi 7.11-inci.
Melalui video konsep yang diperlihatkan, skrin ini boleh direnggangkan menggunakan sebuah butang yang terletak pada bahagian tepi peranti, atau turut menggunakan gestur khas untuk tujuan sama. Video konsep yang diterbitkan juga memperlihatkan kebolehan antaramuka yang turut bergerak selari dengan skrin yang menjadi besar atau kecil.

Buat masa ini, TECNO sekadar memperlihatkan video konsep sahaja. Untuk makluman, pihak Oppo turut pernah memperlihatkan konsep peranti lebih kurang sama, tetapi masih belum dikomersilkan sehingga kini.
Bagi anda, apa kata anda dengan konsep ini? Adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ditawarkan kepada umum?