Carian
OnePlus Mengesahkan OxygenOS 14 Berasaskan Android 14 Akan Dilancar Pada 25 September 2023
August 31, 2023 Aman

OnePlus hari ini mengesahkan bakal memperkenalkan OxygenOS 14 kepada para pengguna global, pada 25 September 2023 kelak. Untuk makluman, OxygenOS merupakan sistem operasi yang menguasakan telefon pintar keluaran OnePlus.

OxygenOS 14 ini akan berasaskan kepada Android 14 – sekaligus menjadikan OnePlus antara pengeluar terawal yang memperkenalkan kemaskini sistem operasi Android 14 kepada pengguna peranti mereka. Kita juga mungkin melihat Google mengumumkan pengenalan Android 14 sekitar tarikh pengumuman OnePlus ini.

Buat masa ini, pihak OnePlus masih tidak mengeluarkan senarai peranti yang akan menerimanya. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya ketika pelancaran OxygenOS 14 dalam beberapa minggu lagi.

Komen