Carian
Tiga Juara Dunia Sukan Dron Ditewaskan Oleh AI
September 1, 2023 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) akan telahpun mengambil alih tugasan yang membosankan seperti mengarang emel, kandungan media sosial dan menghasilkan grafik. Kini AI telah berjaya pula mengalahkan tiga juga dunia sukan dron FPV. AI Swift dibangunkan oleh University of Zurich dengan melatihnya selama sebulan di dalam dunia maya. Dalam tempoh masa dunia sebenar Swift dilatih dalam masa beberapa jam sahaja menggunakan sebuah komputer desktop.

Ia kemudiannya mengawal dron FPV dalam perlawanan yang dilakukan di sebuah hangar di Lapangan Terbang Dübendorf Zurich. Dron dikawal Swift mencatatkan masa 0.5 saat lebih pantas berbanding masa yang dicatatkan oleh tiga juruterbang dron manusia. Tiga wakil manusia yang dikalahkan ialah Alex Vanover juara Drone Racing League 2019, Thomas Bitmatta juara MultiGP Drone Racing 2019 dan Marvin Schaepper juara dron Switzerland sebanyak tiga kali.

Walaupun telah dikalahkan oleh Swift, juruterbang dron manusia lebih cekap mengubah taktik penerbangan berbanding AI. Swift tidak mampu melakukan perubahan secara masa nyata sekiranya tidak diarahkan dalam latihan yang dilakukan secara maya.

Sebelum ini AI IBM Deep Blue dalam sukan catur pada tahun 1996 menentang Gary Kasparov, Google AlphaGo mengalahkan Lee Sedol dalam permainan Go pada tahun 2016 dan OpenAI Five mengalahkan pasukan OG juara The International dalam permainan DoTA 2 pada tahun 2018.

Komen