TWS mempunyai kelebihan saiz yang padat dan mudah dibawa kemana-mana sahaja. Tetapi isu utama TWS ialah ia mudah terjatuh dan kemudiannya hilang. JBL Soundgear Sense telah dilancarkan semalam dengan ia adalah TWS jenis cangkuk telinga yang juga mempunyai aksesori tambahan yang membolehkan ia dicangkuk pula pada leher apabila tidak digunakan.

JBL Soundgear Sense menggunakan sistem JBL OpenSound Technology dengan pemandu audio 16.2 mm yang mengarahkan audio tanpa memerlukan putik yang dimasukkan ke dalam lubang telinga. Setiap Bahagian cangkuk memastikan ia tidak mudah tertanggal ketika dipakai khususnya ketika melakukan aktiviti sukan.

Tiada sokongan ANC tetapi terdapat empat mikrofon yang memastikan panggilan suara kedengaran jelas. Setiap TWS boleh beroperasi selama 6 jam dan sehingga 24 jam dengan bantuan pod pengecas. Ia melepasi piawaian IP54 yang membuatkannya kalis debu dan percikan peluh. Harga jualan satu set JBL Soundgear Sense ialah £129.99 (~RM763).