Carian
Samsung Galaxy Watch5 Mula Menerima Kemas Kini Wear OS 4
September 1, 2023 Fahim Zahar

Semasa Galaxy Watch6 dilancarkan, kami melaporkan yang siri jam ini adalah yang pertama di dunia menjalankan Wear OS 4. Terbaru, Galaxy Watch5 mula menerima kemas kini ini. Jam tangan pintar Google sendiri iaitu Pixel Watch masih lagi menjalankan Wear OS 3.x.

Tidak banyak perubahan besar ditawarkan. Antara ciri baharu adalah ciri imbasan nadi baharu, mod tidur yang lebih stabil dan prestasi yang lebih pantas dengan peralihan animasi yang lebih lancar. Siri Galaxy Watch4 yang sudah berusia dua tahun turut dijangka akan menerima kemas kini sama tidak lama lagi.

Jika anda ingin menggunakan jam tangan pintar Wear OS, Galaxy Watch adalah pilihan baik. Jam Fossil, TicWatch dan jenama lain yang sudah menjalankan Wear OS 3 turut masih mengambil masa lama untuk menerima kemas kini tampalan sekuriti, apatah lagi kemas kini generasi baharu Wear OS.

Nampaknya Samsung semakin hebat dalam pengedaran kemas kini perisian untuk produk-produk mereka. Bukan sahaja menjadi antara pengeluar peranti yang menawarkan kemas kini sehingga lima tahun untuk telefon pintar tetapi turut menjadi yang pertama menggunakan sistem operasi baharu.

Komen