Apple TV+ adalah platform penstriman video yang memfokuskan kandungan asli Apple Originals dan juga kandungan eksklusif yang tidak boleh diakses di platform lain. Harga langganan bulanan adalah antara paling murah berbanding pesaing iaitu RM29.90 sebulan dan Apple memberi 7 hari langganan percuma sebagai percubaan.
Terbaru, 9to5Mac melaporkan yang Apple telah menamatkan penawaran percubaan 7 hari ini di pasaran UK dan juga Amerika Selatan. Pelanggan baharu kini perlu terus melanggan untuk sebulan dan perlu ingat sendiri untuk mematikan langganan sebelum dikenakan caj untuk bulan kedua.
Ini dikatakan adalah perkara biasa untuk platform penstriman menawarkan langganan percuma untuk tempoh terhad. Netflix turut pernah melakukan perkara yang sama suatu ketika dahulu. Walaupun begitu, Apple masih menawarkan langganan percuma tiga bulan untuk setiap pembelian produk Apple baharu.