Microsoft kini membuat kejutan dan mengumumkan akan menamatkan sokongan Visual Studio IDE untuk para pengguna komputer Apple, iaitu Mac. Perisian berkenaan akan terus menerima sokongan kemaskini sekuriti sehingga 31 Ogos 2024 kelak, dan selepas itu tiada lagi sokongan akan disediakan.
Microsoft menyatakan perisian berkenaan masih boleh dipasang selepas tarikh berkenaan, tetapi tiada sebarang kemaskini serta sokongan baharu akan ditambah padanya.
Bagi pengguna yang ingin kekal menggunakannya dalam pembangunan, anda mungkin perlu menggunakan Visual Studio IDE untuk Windows melalui mesin maya pada Mac, atau turut boleh mencuba pemalam VS Code yang ditawarkan.