SHARGEEK adalah pengeluar aksesori kuasa yang cukup popular sekarang. Mereka terkenal dengan rekaan produk yang lutsinar. Baru-baru ini mereka menukar nama kepada SHARGE dan selepas tular di media sosial mereka mula menjejakkan kaki ke pasaran Malaysia.

Setiap barangan SHARGE turut dijual pada harga yang premium dan betul-betul memfokuskan kepada peminat gajet yang inginkan aksesori dengan rekaan unik dan berlainan. Antara yang dijual di Malaysia adalah SHARGE Retro 35W, SHARGE Phantom Series, SHARGE Capsule Gravity, SHARGE Starship Seer, Shargeek 130, Shargeek 100 dan banyak lagi.

Harga jualan adalah serendah RM99 dan boleh mencapai sehingga RM1099. Setiap produk mereka menawarkan sama ada rekaan lutsinar dengan skrin LED atau IPS serta rekaan retro. Teknologi pengecas mereka adalah GaN, powerbank pula adalah PD, dan setiap produk yang ada skrin boleh memaparkan status pengecasan.

Setiap produk yang dijual diberi jaminan dan khidmat bantuan pelanggan. Wakil SHARGE Malaysia ada memberitahu kami yang ICEMAG iaitu powerbank MagSafe dengan kipas dan RGB terbina turut akan dilancarkan tidak lama lagi. Mereka yang berminat boleh mendapatkannya melalui pautan di bawah.
- Muat Turun
- Beli SHARE di Shopee