Verbatim ialah sebuah jenama IT yang dahulunya terkenal untuk siri aksesori dan perkakasan komputer, khususnya cakera liut, cakera padat dan alat-alat pembacanya. Jenama tersebut kini dilihat kembali dengan penawaran serba baru, dan diantaranya ialah sebuah SSD PCIe 5.0.

Verbatim Vi12000 merupakan penawaran storan terbaru mereka, dan seperti yang dikatakan, ia merupakan sebuah storan SSD PCIe 5.0 dengan kelajuan pembacaan dan penulisan data setinggi 12GB/s dan 11.88GB/s. Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah penawaran storan yang diberikan, tetapi ia dijangka akan hadir dengan pilihan sekurang-kurangnya 2TB.
Dalam pada itu, untuk konsol-konsol permainan video seperti Sony PlayStation 5 dan juga Xbox Series X dan S, Verbatim turut memperlihatkan SSD Vi7000 yang akan hadir dengan pilihan untuk storan dalaman dan juga luaran untuk konsol-konsol ini.
- Sumber
- Verbatim