Carian
Ini Harga Langganan Baharu PlayStation Plus Di Malaysia – Purata Kenaikan 48%
September 1, 2023 Effi Saharudin

Beberapa hari lalu kami laporkan harga langganan 12 bulan untuk PlayStation Plus Essential, PlayStation Plus Extra dan PlayStation Plus Deluxe akan dinaikkan di seluruh dunia. Pada waktu tersebut harga langganan di Malaysia masih belum disahkan oleh Sony. Hari ini harga langganan baharu ketiga-tiga pelan ini adalah seperti di bawah.

Pelan 12 BulanHarga BaharuHarga Lama% Peningkatan
PlayStation Plus Essential RM235RM15947.7%
PlayStation Plus ExtraRM400RM26948.7%
PlayStation Plus DeluxeRM460RM30948.9.%

Peningkatan harga yang sangat mendadak dengan purata kenaikan harga 48.4%. Membeli langganan secara 12 bulan masih lagi lebih murah berbanding membelinya secara bulan demi bulan. Tetapi tidak boleh dinafikan kenaikan hampir 50% adalah amat tinggi. Sony berkata kenaikan harga adalah perlu bagi menawarkan permainan dan perkhidmatan lebih berkualiti kepada pelanggan mereka.

Komen