Honor hari ini turut memperlihatkan peranti skrin boleh lipat baharunya di pentas IFA 2023. Dikenali sebagai Honor Magic V2, ia hadir dengan rekaan seumpama buku dengan skrin yang dilipat kedalam di samping turut menyokong stylus pada kedua-dua skrin.
Secara khususnya peranti dilengkapi skrin luar 6.43-inci OLED LTPO 120Hz dan skrin dalaman 7.92-inci yang juga menyokong skrin OLED LTPO 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori 16GB RAM dan storan sehingga 512GB untuk tunjang utama. Kemudian bateri 5,000mAh digunakan yang juga menyokong pengecasan pantas 66W berwayar.
Turut disertakan sistem tri-kamera utama yang terdiri dengan 50MP sudut lebar, 50MP sudut ultra-lebar dan 20MP telefoto bersama OIS terbina. Kamera juga menyokon juga menyokong sistem zum digital sehingga 40X. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP untuk kedua-dua bahagian luar dan dalam.
Melengkapinya lagi adalah pembesar suara stereo yang menyokong DTS:X Ultra. Selain itu sebuah pengimbas cap jari juga disertakan pada sisi peranti, di samping pemancar infra merah yang boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh Buat masa ini masih belum ada sebarang kata putus daripada pihak Honor mengenai ketersediaan untuk pasaran global.