Cari @ Amanz

Vaksin Covid-19, batuk kering, petusis dan polio berjaya menyelamatkan banyak nyawa. Di Amerika Syarikat terdapat pandemik kematian disebabkan penyalahgunaan dadah heroin dan Fentanil. Lebih banyak kematian disebabkan oleh pengambilan dos berlebihan dua dadah jenis opioid ini berbanding Covid-19 semasa pandemik

Kini penyelidik dari University of Montana akan memulakan ujian klinikal ke atas manusia vaksin yang mengelakkan dos berlebihan apabila mengambil heroin dan Fentanil. Vaksin akan cuba meneutralkan opioid ini tanpa menghalang ubatan seperti metadon, buprenorphine, naltrexone dan naloxone. Ia berfungsi dengan menggalakkan tubuh menghasilkan antibodi yang menyerang opioid dalam tubuh.

Pada fasa pertama vaksin akan menentang dos berlebihan heroin sebelum vaksin menentang dos berlebihan fentanil pula diuji. Ujian ini akan dilakukan di New York dengan ia akan mengambil masa sekitar enam bulan. Dalam ujian menggunakan tikus dan khinzir makmal, vaksin yang diuji menunjukkan kejayaan.

Sekiranya vaksin berjaya dalam ujian ke atas manusia, ia boleh membantu individu yang mempunyai masalah ketagihan opioid. Ini seterusnya akan membolehkan mereka kembali menjalani kehidupan normal selepas mendapatkan rawatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd