Carian
BNM Mengenakan Denda Sebanyak RM600,000 Terhadap TNG Digital
September 1, 2023 Aman

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan mereka telah mengenakan denda sebanyak RM600,000 terhadap TNG Digital Sdn Bhd, kerana melanggar dua Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Dompet Digital

TNGD didapati gagal dalam melaksanakan saringan ke atas nama pelanggan, sekaligus membuatkan dua individu yang dihukum dibawah AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2014) menggunakan perkhidmatan dibawah TNGD.

TNGD juga dikatakan tidak membuat pengesahan dan siasatan lanjut melibatkan pelanggan tersebut.

Bank Negara Malaysia memaklumkan yang TNGD telah melakukan pembayaran denda sebanyak RM600,000 pada 31 Mei 2023 lepas.

Komen