Carian
Samsung Umum Pembangunan Memori 32Gb DDR5 DRAM Menggunakan Proses Penghasilan 12-nanometer
September 2, 2023 Aman

Samsung hari ini mengumumkan pencapaian terbaru mereka, membangunkan memori 32Gb DDR5 DRAM menggunakan proses penghasilan 12-nanometer. Pengumuman terbaru ini hadir selepas Samsung mengumumkan kejayaan penghasilan modul 16Gb pada Mei 2023 lepas, dan kini berjaya menggandakan penghasilannya.

Pada masa yang sama, Samsung menyatakan dengan pembangunan baharu ini, ia akan membuka ruangan untuk menghasilkan modul DRAM sehingga 1TB pada masa akan datang.

Memori berkapasiti tinggi ini disasarkan untuk penggunaan di pelayan dan pusat data – apatah lagi dengan letusan kecerdasan buatan yang turut memerlukan memori tinggi disamping sokongan GPU.

Samsung menyasarkan pengeluaran untuk 32Gb DDR5 DRAM ini menjelang penghujung 2023 ini.

Komen