Carian
Meta Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Versi Berbayar Bebas Iklan Untuk Facebook Dan Instagram – Di Eropah
September 2, 2023 Aman

Meta kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan variasi Facebook dan Instagram versi berbayar untuk pasaran Eropah – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan tersebut dalam bentuk bebas iklan.

Langkah ini mungkin diambil oleh Meta selari dengan pelbagai peraturan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah melibatkan privasi pengguna. Ia dikatakan Meta akan terus menawarkan versi bersama iklan untuk Instagram dan Facebook di Eropah – tetapi pengguna turut akan diberikan pilihan untuk menggunakannya secara bebas iklan.

Pada hari ini, pihak YouTube sedia melakukan perkara tersebut – dimana pengguna boleh melanggan YouTube Premium dan menggunakan perkhidmatan video tersebut tanpa sebarang iklan.

Penawaran pilihan bebas iklan akan membolehkan mereka keluar daripada beberapa kekangan yang dilaksanakan Kesatuan Eropah – namun tidak diketahui lagi berapa ramai yang sanggup membayar untuk tujuan berkenaan.

Komen