Microsoft kini memaklumkan yang mana WordPad tidak lagi dikemaskini, dan akan dibuang melalui kemaskini akan datang Windows.
Bagi yang tidak mengenali akan WordPad, ia hadir terbina pada sistem operasi Windows, dan boleh digunakan untuk membuka fail-fail berformat .doc, .rtf, dan juga .txt.
WordPad telah diperkenalkan secara rasmi sekitar 28 tahun lepas, melalui Windows 95. Sejak dari itu, WordPad disertakan pada pelbagai versi Windows terbaru.
Dengan penamatan ini, Microsoft mengalakkan pengguna menggunakan Microsoft Word dalam membuka dokumen berformat .doc dan .rtf, sementara Notepad untuk membuka dokumen .txt.
Selain WordPad, sebelum ini Microsoft turut telah mengurangkan beberapa perisian terbina yang hadir pada Windows – selain turut memberikan kemudahan untuk pengguna membuang sejumlah perisian dan aplikasi yang hadir terbina pada sistem operasi tersebut.