Nokia dalam persediaan hadir dengan peranti baharu di India pada 6 September akan datang. Melihat video promosi rasmi dikongsi, ia boleh menjadi peranti dengan sokongan 5G terbina. Pada masa sama turut dipercayai memberi tumpuan terhadap prestasi yang boleh memberi impak positif buat pengguna.
Namun tiada butiran lanjut yang dikongsi termasuklah mengenai rekabentuk, penjenamaan dan perkakasan dalaman. Sukar juga untuk kita membuat jangkaan awal memandangkan langsung tiada maklumat tertiris mengenai peranti terkini Nokia yang diketahui setakat ini. Tetapi boleh jadi juga ia pelancaran untuk peranti Nokia X baharu dan seperti biasa persoalan ini hanya akan terjawab pada 6 September nanti.