Cari @ Amanz

Alangkah seronoknya mempunyai telefon pintar yang bergaya dan serba boleh untuk kegunaan harian. Tapi keselesaan dan ketahanan ketika menggunakannya juga menjadi aspek terpenting yang ditekankan oleh pengguna hari ini, khususnya bagi telefon pintar jenis skrin boleh dilipat.

Bak kata orang alah membeli menang memakai, justeru kami berpendapat ada baiknya jika anda cuba mendapatkan telefon pintar terkini Samsung Galaxy Z Flip5. Mengapa?


Gabungan Gaya Mewah & Kontemporari

Koleksi telefon baharu Samsung ini dilihat mampu melengkapi gaya pemakai terutama bagi wanita dan lelaki yang berkarisma. Rekaan cantik bersama tubuh yang kemas dan rapi pada setiap bahagian menjadi ciri istimewa koleksi kali ini. Ia boleh dilihat daripada mana-mana sudut peranti yang dihasilkan dengan gabungan gaya mewah dan komtemporari dalam rekaan. Jelasnya disini bahawa pembaharuan yang dibuat telah memberi impak yang drastik dalam memberi nilai tambah pada peranti.

Kalau anda nak tahu, Galaxy Z Flip5 ini dilengkapi dengan engsel baharu lebih rata yang menjadikan hampir tiada ruang kosong kelihatan apabila peranti dalam mod skrin terlipat. Dipanggil sebagai Flex Hinge, engsel ini menggunakan rekabentuk titisan air yang bukan sahaja menjadikan Galaxy Z Flip5 ini boleh ditutup dengan rapat. Malahan menurut Samsung, ia turut mampu meningkatkan ketahanan bagi melindungi komponen dalaman peranti.


Binaan Tegap Untuk Keselesaan Berpanjangan

Melaluinya, Galaxy Z Flip5 juga boleh dibuka dalam pelbagai sudut yang apabila digabungkan dengan ciri Flex Mode, pengalaman pengguna jadi lebih interaktif dan tidak membosankan. Seterusnya faedah daripada tubuh yang ringan pula membuatkannya selesa dipegang, di samping binaannya yang tegap pula menjadikan proses mengendali peranti dalam kebanyakan keadaan terasa mudah sekali. Mahu meletakkannnya di dalam poket atau beg kecil juga amatlah mudah tanpa mengakibatkan isu ketidakselesaan.

Hal ini amatlah pertepatan dan sesuai dengan objektif Samsung untuk memberi manfaat terbaik kepada pengguna dengan konsep yang lebih berkesan. Kemahiran dan kecekapan Samsung dalam melakukan pembaharuan ini dapat menyebabkan sebilangan besar pengguna merasai pengalaman jauh lebih menarik, serta mendorong mereka untuk menjadikan peranti ini sebagai pilihan untuk pembelian yang berbaloi.


Naiktaraf Dengan Manfaat Berganda

Tentu sahaja pembaharuan yang dibuat tidak sekadar di situ. Malahan sokongan skrin yang kini lebih besar termasuklah di bahagian luar, telah memberi akses tambahan kepada pengguna untuk memanfaatkan lebih banyak perkara secara langsung. Ia telah dinaiktaraf daripada 1.9″ kepada 3.4″, yang turut menawarkan ciri Flex Window serba baharu untuk menjadikan pengalaman penggunaan yang lancar boleh dinikmati oleh semua. Lebih menariknya lagi apabila skrin tersebut diiklankan 25% lebih tahan lasak berbanding peranti skrin boleh lipat Samsung yang lain.

Pada masa sama usah terlalu risau soal kerosakan akibat calar yang tidak disengajakan kerana skrin Galaxy Z Flip5 dilindungi oleh Corning® Gorilla® Glass Victus® 2. Kaca tahan lasak ini dikatakan cukup kuat untuk menahan hentakan apabila jatuh dari ketinggian tertentu. Selain itu ia turut didakwa mempunyai rintangan tekanan cukup baik bagi melindungi skrin telefon pintar.


Bergaya Lebih Yakin

Suai padan koleksi telefon baharu Samsung ini dengan gaya semasa juga menjadi lebih mudah menerusi pelbagai pilihan warna baharu lebih bergaya. Ia pasti menambah keterujaan kepada pengguna yang mendambakan gaya hidup nampak mewah.

Sebanyak empat pilihan warna dengan makna tersendiri diberikan, yang merangkumi Graphite untuk nampak santai, Cream yang dikaitkan dengan konsep elegen, Lavender sesuai untuk tampak lebih yakin dan Mint pula untuk rekabentuk futuristik. Istimewanya lagi apabila anda juga boleh mendapatkan Galaxy Z Flip5 ini dalam pilihan warna yang berkonsepkan lebih ceria seperti biru, hijau, kelabu dan kuning sekiranya dibeli secara atas talian.

Menarik bukan? Tetapi bertambah menariknya lagi apabila Galazy Z Flip5 turut boleh disuai padan tanpa batasan dengan pelbagai jenis kerangka menarik. Ini termasuklah Clear Gadget Case, Flipsuit Case, Flap Eco-Leather Case dan Silicon Case with Ring yang ditawarkan secara berasingan.


Untuk perkongsian ringkas mengenai perkakasan dalaman pula, Galaxy Z Flip5 dilengkapi dengan skrin utama sebesar 6.7″ Dynamic AMOLED 2X 120Hz. Di samping skrin Flex Window 3.4″ Super AMOLED dengan kadar segar semula 60Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, memori 8GB LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFD 4.0 dan bateri 3700 mAh. Kameranya pula terdiri dengan lensa sudut lebar 12MP OIS dan lensa ultra lebar 12MP digunakan di belakang, dipadankan dengan kamera swafoto 10MP.


Anda yang berminat untuk mendapatkan Galaxy Z Flip5, boleh membelinya sekarang dengan harga jualan bermula RM4,499 (256GB) dan RM4,999 (512GB). Selain itu anda juga berpeluang menikmati ganjaran menarik bernilai sehingga RM1,796, namun promosi terhad sehingga 30 September 2023.

Ketersediaan adalah menerusi semua pengedar sah Samsung Malaysia, sama ada secara dalam mahupun luar talian. Bagi melihat lebih banyak produk dan promosi menarik pula, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd