Cari @ Amanz

Meta sedia melakukan pelaburan yang tinggi dalam arena realiti-gabungan, dan terkini ia dilaporkan Meta bekerjasama dengan LG dalam membangunkan sebuah set kepala tersendiri.

Peranti realiti-gabungan ini kelak dijangka akan dipasarkan sebagai alternatif untuk Apple Vision Pro yang telah diumumkan oleh Apple baru-baru ini. Sementara penawaran Apple diposisikan sebagai premium, produk kerjasama Meta dan LG dijangka akan menjadi lebih “mesra poket” kepada pengguna.

Meta dijangka akan memfokuskan kepada perisian, sementara LG dijangka akan mengeluarkan produk tersebut – termasuk dari segi penawaran panel, bateri dan sebagainya.

Buat masa ini, pihak Meta dan LG tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Produk kerjasama kedua-dua pihak ini dijangka akan dipasarkan sekitar 2024 atau 2025 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd