Cari @ Amanz

Huawei sedia membangunkan sistem operasi Harmony OS sebelum ini, sebagai alternatif untuk sistem operasi Android selepas mereka dihalang akses oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Ketika pembangunan awal, pihak Huawei sedia menyatakan Harmony OS akan meliputi pelbagai variasi peranti, termasuk pada automotif.

Kini, lanjutan daripada penawaran pada telefon pintar, ia dilaporkan HarmonyOS akan memperkenalkan sistem operasi berkenaan untuk komputer menjelang 2024 kelak.

Latar masa pengenalan masih belum dikongsikan buat masa ini. HarmonyOS untuk komputer dijangka akan diposisikan sebagai pesaing kepada Windows yang dipasarkan oleh Microsoft.

Memandangkan Huawei sedia menawarkan sejumlah komputer riba, tidak mustahil kita melihat Huawei memasarkan Matebook dengan HarmonyOS secara terbina – sekurang-kurangnya di China.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd