Clearblue ialah jenama yang sinonim dengan kit ujian kehamilan menggunakan sampel air kencing. Selepas 35 tahun menawarkan kit ujian kehamilan, Clearblue kini mula menjual kit mengesan tahan menopaus pula pada wanita.
Kit Clearblue Menopause Stage Indicator ini mengesan tahap menopaus seorang wanita menerusi air kencing dengan lima ujian perlu dilakukan dalam tempoh 10 hari. Dengan mengesan tahap Hormon Perangsang Folikel (FSH) dalam air kencing, tahap menopaus pada wanita dapat dikesan. FSH mengawal kitaran haid dan penghasilan telur pada seseorang wanita.
Selepas menjejak kitaran haid dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi percuma, data yang dikumpul boleh ditunjukkan kepada doktor sakit puan bagi melihat berapa hampir seseorang wanita untuk mencapai tahap menopaus.
Sebab utama kit ujian dihasilkan ialah kerana 2/3 wanita mengatakan mereka tidak bersedia menghadapi menopaus dan 45% sahaja berkata mereka mempunyai maklumat mencukupi mengenainya. Pada ketika ini kit ujian tahap menopaus hanya ditawarkan di Amerika Syarikat terlebih dahulu.