Carian
MBSA Kini Menyediakan 10 Pengecas EV Secara Percuma Di Shah Alam
September 5, 2023 Aman

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini mengumumkan telah menyediakan sekitar 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma di bawah kawasan pentadbiran mereka. Antara lokasi yang terdapat pengecas EV berkenaan adalah termasuk di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Wisma MBSA dan juga di pejabat cawangan MBSA.

Pengecas kenderaan elektrik ini disediakan hasil kerjasama dengan pihak Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air.

Selain 10 lokasi ini, MBSA turut sedang mengenal pasti lokasi lain untuk terus menambah pengecas kenderaan elektrik.

Dibawah perancangan kerajaan Selangor, ia disasarkan sekitar 1000 pengecas kenderaan elektrik tersedia di 12 PBT menjelang penghujung 2023, termasuk di Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, Kajang dan juga Ampang Jaya. Buat masa ini, teradpat 102 pengecas kenderaan elektrik di Selangor.

Komen