Sempena tayangan siri aksi nyata One Piece di Netflix, 12 bab pertama manga nukilan Eiichiro Oda kini boleh dibaca secara percuma di atas talian dalam 21 bahasa utama dunia. Bagi peminat tempatan malang sekali ia tidak ditawarkan dalam Bahasa Malaysia tetapi terdapat pilihan Bahasa Indonesia dan Inggeris. Hanya versi asli Jepun sahaja tidak ditawarkan.
Kesemua 12 jilid mengandungi 108 bab pertama manga One Piece yang diterbitkan sejak 1997. Ia merangkumi kesemua jalan cerita East Blue Saga yang diadaptasi menjadi siri aksi nyata Netflix. Bagi mereka yang selam ini tidak pernah membaca One Piece, ini ialah peluang yang baik untuk mula mengikuti manga percuma ini secara percuma. Untuk membacanya sila pergi ke pautan di bawah.