Logitech Kini Menawarkan Papan Kekunci Gaming Baharu G Pro X TKL Lightspeed
Amy Maizuraa
Logitech kini mempunyai penawaran baharu untuk papan kekunci gaming keluarannya menerusi G Pro X TKL Lightspeed. Ia direka khusus buat para gamers tegar yang mencari dan memerlukan papan kekunci mekanikal yang mampu menepati citarasa.

Seperi namanya, papan kekunci ini boleh disambung ke komputer secara nirwayar menggunakan dongle USB (Lightspeed) khusus Logitech dengan julat sambungan sehingga 10 meter. Dalam masa sama turut diberi pilihan sambungan secara berwayar melalui port USB-C terbina.

Suis digunakan hadir dengan tiga pilihan model iaitu Tactile (GX Brown), Linear (GX Red), atau Clicky (GX Blue) tanpa kebolehan ditukar. Terdapat juga butang yang boleh diprogramkan dan sebuah roda kawalan media diletakkan pada bahagian kanan.

Melengkapinya juga adalah pencahayaan RGB dengan LIGHTSYNC, di samping bateri yang boleh beroperasi sehingga 50 jam penggunaan dan boleh dicas semula sekiranya perlu. Logitech G Pro X TKL Lightspeed berharga RM799 di Malaysia dengan sarung pelindungan khusus yang disertakan bersama.