Banyak tablet di pasaran menyatakan ia boleh menggantikan komputer. Salah sebenarnya, kerana sebuah tablet adalah pelengkap ekosistem dan boleh menjadikan segala tugasan anda lancar. Perkara ini dibuktikan selepas saya menggunakan Samsung Galaxy Z Flip5 bersama-sama dengan tablet Samsung Galaxy Tab S9.

Saya dapati ianya boleh jika ingin lakukan tugasan ringan dalam keadaan yang memuaskan dan tugasan tadi selesai dengan sempurna. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh menjadi tablet produktiviti terbaik jika mempunyai ciri dan fungsi yang Samsung tawarkan pada Samsung Galaxy Tab S9 mereka.
SECOND SCREEN
Ciri ini adalah mengubah tablet menjadi skrin tambahan kepada telefon Samsung Galaxy anda tanpa perlu bergantung kepada monitor atau televisyen. Jika anda menggunakan Samsung Galaxy Z Flip5 misalnya, ciri ini sedia terbina. Gunakan sahaja WiFi yang sama dan akaun Samsung yang sama, kemudian tekan Smart View. Anda kini boleh memaparkan kandungan dalam telefon pada skrin tablet dengan mudah untuk pembentangan ringkas atau memperlihatkan produk kepada klien.

Secara lazimnya, kerja-kerja multi-tugasan kita menggunakan laptop dan monitor. Namun, dengan perkembangan terkini, multi-tugasan boleh digunakan dengan telefon dan juga tablet. Melalui kaedah ini anda boleh mengawal telefon dengan tablet dan di sebaliknya. Daripada saiz skrin telefon sekitar 6-inci, kini menjadi berkali ganda lebih besar. Selain digunakan untuk bekerja, ia juga sesuai untuk melihat gambar dan video kenangan yang telah dirakam dengan kamera hebat pada telefon Samsung Galaxy.

QUICK SHARE
Sudah dalam perjalanan ke pejabat, ada mesyuarat besar dan satu fail perlu dihantar ke majikan? Jika anda dalam LRT, gunakan Quick Share dengan mudah!
Quick Share boleh digunakan untuk menghantar fail ke banyak peranti serentak. Anda bayangkan sistem ini menyokong sehingga lima peranti sekali gus, hebat bukan? Jika saiz besar misalnya 1GB, ia boleh dihantar pada kadar yang pantas dan anda tidak perasan pun majikan anda telah menerima fail penting tadi. Ciri ini menyokong sehingga 5GB sehari!

Anda tidak perlu memindahkan fail ke telefon Galaxy sebelum menghantarnya, cukup gunakan tablet untuk menghantarnya secara langsung kepada penerima melalui pautan khas. Selain pautan, perkongsian dengan kod QR pun boleh dilakukan dengan mudah. Ia mudah, pantas, selamat dan tidak terhegeh-hegeh.

VIDEO CALL TRANSFER
Bayangkan anda dalam situasi di rumah banglo, telefon Samsung Galaxy anda sedang dicas dalam bilik di tingkat tiga dan jam Samsung Galaxy Watch anda memberi notifikasi ada panggilan telesidang penting perlu dijawab. Apa yang anda patut buat? A) Berlari ke atas dengan risiko terjatuh? atau B) Sentiasa pastikan anda ada Samsung Galaxy Tab S9 untuk menggunakan ciri Video Call Transfer?

Mestilah B kan? Dengan menggunakan akaun Google yang sama pada kedua-dua telefon Samsung Galaxy dan Samsung Galaxy Tab S9, anda boleh menjawab panggilan video Google Meet yang diterima pada telefon di tablet. Ini membolehkan anda menjalankan sesi telesidang yang lebih mendalam dengan skrin yang lebih besar, serta memberikan akses kepada ciri khas yang menarik seperti perkongsian skrin untuk tonton video bersama, lihat slaid pembentangan dan banyak lagi.
Tidak lupa juga skrin besar bersamaan dengan ikon dan teks yang sangat jelas serta kualiti panggilan video yang penuh butiran. Dengan ini, anda dapat menjalankan perbincangan bersemuka secara lebih efisien membawa kolaborasi dalam talian ke tahap yang lebih tinggi.
MULTI CONTROL
Mungkin masih jauh lagi teknologi untuk kita mengawal peranti lain dengan minda. Samsung walau bagaimanapun ada alternatif dengan Multi Control. Ibarat Jedi, tetapi dengan WiFi sama dan akaun Samsung yang sama pada dua peranti Samsung Galaxy yang berbeza.

Fungsi Multi Control membolehkan anda mengawal telefon Samsung Galaxy dan Samsung Galaxy Tab S9 dengan menggunakan papan kekunci serta tetikus secara serentak. Dengan Samsung Multi Control, anda dapat menyalin, menampal dan menyelarikan nota dari telefon Samsung Galaxy terus ke tablet siri Samsung Galaxy Tab S9 dengan mudah.
Selain itu, pengguna dapat menjimatkan masa semasa memindahkan foto atau fail dengan hanya ‘drag and drop’ dari satu peranti ke peranti yang lain. Kelebihan ciri Multi Control ini adalah ia memudahkan pengguna dalam menguruskan dua atau lebih peranti dengan lebih cekap dan menjimatkan masa.

Ish! takkanlah sikit itu sahaja? Mestilah ada lagi! Multi Control turut membolehkan pengguna salin teks pada tablet dan tampal pada telefon. Jika sedang melihat gambar kenangan dan ingin kongsi ciri drag & drop dari tablet ke telefon turut boleh dilakukan.
APP CONTINUITY
Samsung turut ingin segal tugasan anda mudah diselesaikan tidak kira di mana jua anda berada. App Continuity membolehkan tugasan di telefon disambung pada tablet atau di sebaliknya. Ciri ini lebih kepada Samsung Note dan Samsung Internet Browser.

Tulis nota di telefon dan anda boleh sambung sunting atau tambah lagi catatan pada tablet. Anda sedang, melayari web pada telefon? Mungkin sedang membuka laman web Samsung untuk membeli Galaxy Tab S9? Jika terlupa bayar pada tablet, buka sahaja telefon dan sambung bayar.
Bukankah ini satu ciri yang futuristik. Satu tugasan sama boleh dilakukan di mana-mana tanpa sebarang beban. Mudah pun mudah, ibarat magis.

Bukankah ini satu ciri yang futuristik. Satu tugasan sama boleh dilakukan di mana-mana tanpa sebarang beban. Mudah pun mudah, ibarat magis.
BETULKAN?
Bukankah itu mudah? Ini bukti yang jelas yang tablet siri Samsung Galaxy Tab S9 boleh melengkapkan hidup anda. Kerja lebih mudah, anda suka, majikan gembira dan semua bahagia. Tablet juga lebih ringan berbanding laptop, ia lebih nipis, bateri tahan lebih lama dan skrin juga adalah berkali ganda lebih baik. Buat masa ini tablet masih tidak boleh menggantikan laptop atau komputer, tetapi dengan siri Samsung Galaxy Tab S9 ini ia sudah selangkah di hadapan untuk menjadikannya realiti.

BACA APA LAGI? JOM BELI!
Sudah yakin? Ingin beli? Bermula 18 Ogos sehingga 30 September akan datang anda boleh menerima hadiah bernilai sehingga RM1598.90 dengan setiap pembelian mana-mana Samsung Galaxy Tab S9. Anda akan terus menerima Book Cover Keyboard dan S Pen bernilai sehingga RM1499 secara percuma, selain turut menerima langganan Viu setahun bernilai RM99.90, akses kepada tawaran 30% untuk belian dengan belian aksesori Samsung atau jaminan tambahan serta rebat RM100 jika menyertai tawaran tukar-beli. Berminat tekan pautan di bawah ini;

- Muat Turun
- Beli Tablet Samsung Galaxy Tab S9 Sekarang
*Penafian, ini adalah advertorial daripada Samsung.