Cari @ Amanz

Lei Jun, CEO Xiaomi kini mengumumkan mereka akan memperkenalkan siri telefon seterusnya, iaitu siri Xiaomi 13T bakal dilancarkan pada 26 September 2023 kelak.

Buat masa ini, Xiaomi masih tidak kongsikan apakah yang akan disertakan melalui siri telefon baharu ini. Namun, poster pelancaran turut menyertakan logo Leica – sekaligus memberikan petanda yang mana siri Xiaomi 13T akan hadir dengan teknologi Leica bersama-sama dengannya juga.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 September 2023 ini untuk melihat sendiri apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi melalui siri telefon baharu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd