WhatsApp Messenger merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang digunakan oleh lebih 2 bilion pengguna, dan beroperasi dibawah Meta. Kini, selepas bertahun menggunakan rekaan aplikasi sedia ada, pihak WhatsApp dilihat sedang membangunkan sebuah rekaan antaramuka baharu untuk aplikasi mereka. Perubahan antaramuka ini ditemui melalui versi WhatsApp Beta terbaru oleh WABetaInfo.

Antara perubahan ketara yang dapat dilihat adalah bahagian bar pada bahagian atas yang tidak menggunakan warna hijau sepenuhnya, sebaliknya digantikan dengan warna putih dan menggunakan logo berwarna hijau tertulis WhatsApp.
Disamping itu, penuras khas untuk melihat mesej yang telah dibaca, mesej peribadi, dan mesej perniagaan turut disertakan pada bahagian atas – memudahkan lagi pengguna untuk berkomunikasi.
Rekaan antaramuka yang lain adalah lebih kurang sama seperti yang terdapat pada WhatsApp hari ini.
Dengan penggunaan warna yang lebih menyeluruh, ia dilihat mungkin lebih minimalis dan moden berbanding WhatsApp hari ini. Bagi anda sendiri, apa kata anda terhadap kemaskini antaramuka WhatsApp baharu ini?