Apple hari ini menandatangani perjanjian menggunakan teknologi cip ARM melangkaui 2040. Ini membolehkan Apple terus menggunakan harta intelek yang dibangunkan oleh ARM yang kini digunakan pada kesemua cip rekaan mereka.
Perjanjian ini diumumkan dalam dokumen yang difailkan oleh ARM sebelum melancarkan IPO mereka semalam. Pada waktu ini teknologi ARM digunakan Apple pada produk MacBook, Mac, iPhone, iPad, Apple Watch dan kelak pada set kepala Vision Pro mereka. Selain Apple syarikat pengeluar utama lain juga menggunakan senibina ARM pada cip yang menjadi berbilion peranti pintar di pasaran sekarang.