Tecno Tiada Perancangan Membawa Masuk Pova 5 Pro Ke Pasaran Malaysia Buat Masa Ini
Amy Maizuraa
Tecno Pova 5 telah dilancarkan sebelum ini dengan dua pilihan model, namun hanya variasi standard sahaja ditawarkan di Malaysia setakat ini. Bagaimana pula dengan variasi pro? Bagi anda yang mungkin tertanya mengenai ketersediaannya, Tecno seakan tidak mempunyai perancangan untuk hal berkenaan.

Menerusi ruangan komen di media sosial rasmi, Tecno memaklumkan bahawa Pova5 Pro tidak akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia setakat ini. Walaubagaipaun tiada pula penjelasan lanjut diberikan berhubung perkara ini, namun Tecno berkata pengguna masih boleh mendapatkan Pova5 yang sudah sedia dijual dengan harga RM699 sebuah.

Dengan memahami perkara ini, kita sudah semestinya tidak akan melihat penawaran Pova5 Pro buat masa ini. Namun turut diyakini Tecno mungkin mempunyai perancangan lain untuk terus-menerus meluaskan lagi portfolionya di pasaran ini.