Cari @ Amanz

Dalam diam-diam Vivo sekali lagi menyenaraikan peranti baharu di bawah siri Y untuk pasaran Malaysia. Dikenali sebagai Vivo Y02t, ia menjadi sebuah peranti kelas asas yang sesuai untuk kegunaan harian umum.

Semakan menerusi kedai atas talian rasmi mendapati peranti disenaraikan dengan harga jualan RM499. Namun tiada butiran mengenai ketersediaannya, yang ada kebarangkaliannya mula dijual pada jualan murah 9.9 mendatang.

Vivo Y02t menggunakan skrin LCD sebesar 6.51-inci dengan resolusi HD+. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Helio P35, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 10W. Turut disertakan adalah kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP sebagai pelengkap peranti ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd