Carian
Apple Mungkin Berhenti Menawarkan Aksesori Diperbuat Daripada Kulit
September 6, 2023 Fahim Zahar

Apple dilaporkan mungkin akan berhenti menawarkan aksesori yang diperbuat daripada kulit. Ura-ura ini hadir selepas kerangka pelindung iPhone 15 yang diperbuat daripada bahan fabrik yang ditenun tertiris ke arena web

Terbaru Apple dikatakan bermula dengan Apple Watch Series 9, tiada lagi tali jam kulit akan ditawarkan. Malah kebanyakan produk kulit dengan kerjasama Hermes turut habis dijual. Apple turut menawarkan diskaun sehingga 90% untuk aksesori kulit Apple Watch kepada pekerja mereka. Diskaun ini biasanya petanda yang sesuatu produk itu akan dihentikan pengeluarannya.

Tanpa aksesori kulit, adakah anda boleh menerima bahan “FineWoven” baharu yang diperbuat daripada fabrik? Google sudah lama menawarkan aksesori seperti ini pada Pixel atau adakah anda akan menggunakan aksesori pihak ketiga sahaja.

Komen